so spm dah habis, rasa bebas sangat. dah tak perlu hadap buku berjam-jam, dah tak perlu minum milo malam-malam sebab nak tahan mengantok (yer sebab aku tak minum kopi. anti coffee la katakan kecuali kopi-kopi tertentu di starbucks), dah tak perlu gosok mata banyak-banyak kali sebab tak nak bagi tidur, dah tak perlu stay up sampai pukul 2 pagi dan tak perlu nak bangun seawal 5 pagi. sekarang dah boleh nak melalak sepuas-puasnya. mama dan papa pun dah tak marah kalau tak de buku di tangan.
Oh yes, the feeling is awesome but the most important is dah tak rasa guilty bila online sampai berjam-jam. HOHOHO.
Tapi kemerdekaan ini hanya sampai bulan tiga 2011 jer. sebab bila keluar result dah la nak mula sibuk sini sana. InsyaAllah result yang baik yang dapat membanggakan mama papa yang susah payah hantar pergi sekolah dan pusat tuisyen. Ah itu tak termasuk nak pergi berkhidmat kat program latihan khidmat negara lagi. Sibuk kan masa depan tuh? sila pergi jauh-jauh yer encik masa depan. But as for now, all i feel like doing is sleeping, watching dramas and just, well, do nothing. Enjoy this 'short break', chill down, have a sit and enjoy every seconds of the day.
Oh awak, mesti terhebat terkacak jawapan spm awak kan?
No comments:
Post a Comment